Zaman Matrikulasi
Harini aku nak ceritakan sedikit sebanyak zaman matrikulasi aku. Walaupun hanya 10 bulan je kenal, tapi keakraban antara kami sangat erat. Aku rindu zaman matrikulasi dulu, zaman bersuka ria bersama sama teman teman seperjuangan. Sebab semua sebaya and tiada pergaduhan antara kami. Banyak kenalan yang aku kenal dari pelbagai buah negeri. Aku dapat masuk ke Matrikulasi Perlis dan aku berasal dari Johor. Jauh kan ? hahaha ya jauh tapi itulah pengorbanan yang telah aku buat untuk menyambung pelajaran aku disana. Mak ayah aku tak risau pun pasal aku sebab aku lelaki dan aku anak yang terakhir mereka ada.
Ini adalah rakan rakan sekelas aku. Mereka berasal dari pelbagai jenis negeri. Ada yang dari Kelantan dan kebanyakkannya dari Selangor. Aku juga merupakan ketua kelas mereka. Kelas kami adalah kelas A3T4B, kuliah A3 ( kuliah akaun yang ketiga dan tutoran yang ke 4B ). Sepanjang aku berkenalan dengan mereka, banyak suka duka yang telah kami lakukan bersama. Kami juga diminta untuk membuat video kelas untuk dipertandingkan, ini juga salah satu daripada tugasan yang diberikan oleh pensyarah disana. Kerja kursus yang perlu dibuat bersama. Banyak pengalaman kami bersama. Aku juga pernah menyertai Kelab Basikal atau mereke panggil Ahli Seketariat Sukan dan Kokurikulum. Kelab tu aku menjadi President untuk kelab tersebut. Banyak pengalaman aku sebagai president basikal. Pengalaman yang membangun dan menurun aku tapi semua tu aku dapat belajar.
Ni adalah rakan rakan aku yang bersama sama bertugas semasa basikal yang rosak. Kami diperlukan untuk bertugas hari hari kecuali hari sabtu dan ahad. Sebab hari ahad dan sabtu mostly berjalan or outing. Dan mereka sangat "happening" dan "sporting". Aku dah anggap diorang sebagai keluarga dah walaupun 10 bulan je aku dengan diorang. Suka dan duka kami harungi. Bila aku sedih diorang tempat buatkan aku ceria. Dari kiri atas, imran, nabil ( bob ), shida, dianah ( ana ), ain, halimah, izzah, aswad ( wad ), adam. Bawah kanan, khairul ( kerol, khai ) dan baju putih tu aku. Ada je yang lain tapi yang dalam gambar ni lagi rapat dari ahli kelab lain. Tak semestinya yang tak de dalam gambar ni kami tak rapat, kami jenis yang rapat dengan semua orang. Setiap petang kami jaga basikal, setiap kali tu lah kami bergossip tentang orang lain. Yang paling aku takkan lupakan adalah bila mereka menyambut birthday aku. Hari lahir aku pada 22/3/1999. Diorang lambat sambut birthday aku, dan biasalah, dah macam asrama dah jiwa dekat matrik ni, budaya mandikan mangsa hari lahir adalah perkara biasa. Aku dianaya oleh rakan sendiri dengan terkena dengan prank mereka. Tapi aku seronok dan aku tak marah pun dengan diorang. Ada juga kadang - kadang kami terpaksa tergesa gesa dengan pakaian yang ingin ke kelas dan kami terus bergegas ke garaj sebab nak tunaikan tanggungjawab kitorang. Hal ini kerana, ada pelajar - pelajar yang meminjam basikal dan keluar ke pasar setiap petang dengan pemantauan pensyarah. Kalau pelajar matrik nak ke keluar dari kawasan pada hari pembelajaran, mereka perlu meminta kebenaran pensyarah dan bersama dengan pensyarah baru mereka dibenarkan keluar. Aku cukup bahagia bersama mereka ni. Banyak kenangan yang telah kami bina bersama. Dari mula perkenalan hingga ke akhir zaman matrikulasi. Terima kasih Blyfe.
Seterusnya adalah rakan rakan aku ketika aku bermain rugby di KMP. Aku boleh cakap walaupun sekejap bersama diorang tapi ikatan kami kuat antara sepasukan. Aku belajar untuk bangun balik selepas aku jatuh. Rugby adalah sukan yang aku minat sejak sekolah lagi hingga sekarang. Salah satu impian aku adalah untuk bermain demi negara aku. Walaupun kami tak menang dengan mana mana team dekat luar sana, tapi ikatan kami masih kuat sebagai satu saudara. Dan aku minat dengan semangat yang ditonjolkan oleh ketua pasukan aku, Eizaz. Dia selalu naikkan semangat kami semasa kami lemah. Aku boleh cakap yang semangat dia tu membawa kami jatuh dan naik. Aku pernah main untuk KMP 10 sebelah dan 7 sebelah. Apa tu 10 sebelah dah 7 sebelah ? Jadi disini aku nak terangkan sedikit apa itu 10 sebelah dan 7 sebelah.
Seterusnya adalah rakan rakan aku ketika aku bermain rugby di KMP. Aku boleh cakap walaupun sekejap bersama diorang tapi ikatan kami kuat antara sepasukan. Aku belajar untuk bangun balik selepas aku jatuh. Rugby adalah sukan yang aku minat sejak sekolah lagi hingga sekarang. Salah satu impian aku adalah untuk bermain demi negara aku. Walaupun kami tak menang dengan mana mana team dekat luar sana, tapi ikatan kami masih kuat sebagai satu saudara. Dan aku minat dengan semangat yang ditonjolkan oleh ketua pasukan aku, Eizaz. Dia selalu naikkan semangat kami semasa kami lemah. Aku boleh cakap yang semangat dia tu membawa kami jatuh dan naik. Aku pernah main untuk KMP 10 sebelah dan 7 sebelah. Apa tu 10 sebelah dah 7 sebelah ? Jadi disini aku nak terangkan sedikit apa itu 10 sebelah dan 7 sebelah.
Jadi 10 sebelah adalah permainan rugby antara 10 pihak lawan dan 10 pihak kita sendiri berlawan sama seperti 15 sebelah. Padang yang digunakan juga sama. Apa yang membezakan antara 15 sebelah, 10 sebelah, dan 7 sebelah. Bezanya adalah pada kepenatan yang korang akan alami. 15 sebelah biasanya dimainkan selama 40 minit untuk separuh masa dan 40 lagi separuh masa, 10 sebelah pula dimainkan selama 20 minit separuh masa dan 20 minit lagi separuh. Dan untuk 7 sebelah pula dimainkan selama 10 minit separuh masa dan 10 minit separuh lagi. Nak tau lebih lanjut korang boleh tengok rugbyworld.com and diorang ada tunjukkan perlawanan antara 15 sebelah dan 7 sebelah. 10 sebelah jarang dimainkan tetapi di Malaysia ada.
So far, itu sahaja cerita matrik aku. Nanti aku akan ceritakan macam mana aku jumpa teman wanita aku. And selebihnya aku akan tunjukkan dalam bentuk gambar untuk mengurangkan kadar korang membacanya.
Itu sahaja daripada saya. Sekian.
Comments
Post a Comment