Pengalaman Bekerja

Assalammualaikum guys, dah lama aku tak update blog aku ni. So harini aku nak ceritakan pengalaman aku bekerja selama 4 bulan di Mac City di Square One, Batu Pahat. So pengalaman aku bekerja sebagai seorang sales retailer. Aku kerja tu sebab kerja tu dapat berkomunikasi dengan customer aku dan dapat berinteraksi antar penjual dengan pembeli. So far so good, gaji pun memuaskan. Layanan yang diberikan oleh majikan juga memuaskan kekadang tu ada juga kene marah sebab aku banyak buat silap. Biasalah kan pekerja baru, mesti akan ada kesalahan yang dibuat. Aku ingat aku pernah cuai letak duit tu dalam peti besi tapi aku letak atas meja. Nasib baik tak hilang, kalau tak aku kene bayar dengan amaun yang banyak. Bayangkan, Orang beli Iphone X ( 256GB ), harga masa tu dalam lingkungan RM 5560, sangat mahal. Gaji aku pun belum cukup mampu nak tanggung. Biasalah dalam mencari rezeki, bukannya selalu rezeki tu ada. Kekadang aku bosan duduk dekat kedai tu. Kadang kadang tak de customer pun yang datang. Kalau tak de customer datang, aku apa lagi, main phone jelah memanjang. Internet pulak masa tu laju, so kita layan youtube jelah. Kadang - kadang tak de cerita pun nak tengok. And last day aku bekerja dekat Mac City tu, aku diberi layanan istimewa, aku dibelanja makan. Itu sahaja cerita aku sebagai Sales Retailer di Syarikat Mac City, cuti sem nanti aku berhasrat untuk kerja balik sebagai Sales Retailer semula. Itu sahaja cerita aku buat harini. Sekian.

Comments

Popular Posts