Girlfriend
Hi semua! Apa khabar harini? Sihat ? Ya saya sihat alhamdullillah. Harini aku nak update mengenai kisah cinta aku. Macam mana aku jumpa dia, bagaimana dan di mana? Korang biasa bercinta kan ? Tak kisahlah zaman persekolahan, zaman matrikulasi or zaman universiti. So kisah aku ialah aku berjumpa dengan kekasih aku masa zaman matrikulasi dimana aku dah kisahkan di blog aku yang lepas.
Macam mana aku berkenalan dengan dia? Aku berkenalan dengan dia melalui aplikasi laman sosial Instagram. Itu pun selepas kawan aku nabil ( bob ) memberitahu aku bahawa dia terserempak dengan pelajar KMP di sebuah kedai buku di Bandar Baru Bangi. Mula mula aku mengikuti dia di aplikasi tersebut dan dia juga mengikuti aku juga. Dan pengenalan kami yang mula mula adalah aku menanyakan beliau, " wei cupia, kau budak bangi eh?". Itu adalah soalan pertama aku terhadap dia.
Lama kelamaan, kami menjadi kawan yang agak erat. Tetapi kami jarang jumpa disebabkan ketidakcukupan masa dan sebagainya. Tetapi semasa sesi berkenalan aku dengan dia ni, ada seekor makhluk yang entah dari mana menghentam aku di laman sesawang Instagram dan menanyakan aku ada apa apa dengan kekasih aku dimana masa ini kami masih berkawan lagi. Aku pelik, dia ni ada teman lelaki ke? Sehingga lelaki tersebut menghentam aku. Tapi aku buat tak endah dengan dia dan aku benci akan sikap dia yang terlalu "psycho" ketika itu. Ketika aku lalu sebelah makhluk tersebut, aku buat tak endah dan membuat muka yang aku menyampah dengan sikap dia. Akan tetapi aku tidak simpan dendam terhadapnya.
Semasa sesi berkenalan dengan kekasih aku, dia banyak memberikan aku pickupline dimana aku tertarik dengan dia. Dia juga jenis yang friendly dengan orang. Mungkin diluar nampak kerek tapi bila lama lama kenal dia friendly orangnya. Aku pula sebaliknya. Aku jenis kerek diluar tapi aku hanya rapat dengan orang sekeliling je. Yang selalu aku jumpa. And aku jarang senyum dengan orang dan kekasih aku ni jenis yang suka senyum. Nak dipendekkan cerita, semasa sesi berkenalan, aku berjalan dengan seorang sahabat sekelas aku, Adam, dan ketika itu, aku terserempak dengan dia bersama sahabatnya juga. Dan disebabkan dia pernah beritahu yang aku jarang senyum, aku tekad untuk senyum depan dia ketika itu. Dan senyuman aku itu telah membuatkan dia cair. Macam mana aku tau? Dari dia sendiri. Dia agak terkejut pada mulanya dan tidak terkata. Dan dia menceritakan bahawa dia diam seribu bahasa dan memberitahu sahabatnya bahawa aku jenis lelaki yang jarang senyum ni telah senyum padanya. Disitulah bermulanya api kecil cinta menyala.
Selepas dari hari kejadian, aku dah berfikir panjang untuk menanyakan kepadanya bahawa dia sudi ataupun tidak menerima cintaku. Petang itu aku sudah agak takut kerana aku takut untuk kene reject dari seorang perempuan. Sebab aku belum pernah lagi luahkan perasaan pada perempuan. Dia merupakan wanita pertama aku luahkan. Aku whatsapp dengan dia seperti hari hari biasa dan memberi dia petunjuk bahawa aku jatuh cinta pada dia. Ketika aku sedang memberikan petunjuk kepada dia, dia bertanya dengan aku adakah aku suka pada dia, aku memberitahu bahawa aku akan jawab soalan itu malam nanti.
Dan aku agak terkejut dengan apa yang dia respon. Dia juga menerima aku untuk memasuki didalam hatinya. Aku bersyukur yang amat ketika itu. Dan dia memberikan aku syarat - syarat yang perlu dituruti. Aku pula jenis yang memang menuruti perintah dan aku bersetuju bahawa kita perlukan peraturan sesama kita. Syarat - syaratnya adalah yang pertamanya ialah tidak boleh berjumpa di dalam kmp. Yang keduanya ialah jangan memberitahu sesiapa kepada orang lain yang kita dua in relationship. Seterusnya ialah jangan senyum dihadapan dia ketika dia bersama rakan sekelas dia. Di samping itu, jika ragu ragu akan sesuatu, segera menanyakan untuk mempereratkan ikatan. Selain itu, kalau gaduh, malam pergaduhan itu juga kene berbaik. Tak elok bergaduh lama lama, tak elok and jangan gaduh lah senang cerita. Yang ke enam, jika suka seseorang, segera beritahu. Yang ketujuh pula ialah cemburu juga kene beritahu dia jika cemburu. Yang kelapan pula, kalau rasa hubungan ni hanya untuk menjana pengalaman ataupun saje saje, segera tinggalkan, kerana ini adalah serius isu. Yang ke sembilan pula ialah tak puas hati beritahu juga. Dan yang terakhir ialah selepas annual dinner adalah masa untuk focus kepada study week, kalau rindu, call terus, dia taknak whatsapp sebab nanti kurang fokus pada pelajaran.
Okay, seterusnya aku ceritakan mengenai Annual Dinner yang diadakan oleh KMP sendiri. Malam tu sungguh indah. Malam itu sahaja je di mana aku berjumpa dengan dia di KMP, dan kitorang dah melanggar salah satu daripada peraturan yang disediakan oleh kami berdua. Tak pe lah, bukan selalu kita melanggar peraturan. Ketika kami bersua muka, kami agak janggal kerana itu sahaja hari yang kami jumpa dan bersua muka antara satu sama lain.
Dan sekarang kami masih bersama dan berlainan universiti. Dia di UiTM Puncak Alam dan saya di UKM, Bangi. Tak jauh pun perjalanan dalam sejam sahaja perjalanan. Dan kami masih lagi Hubungan Jarak Jauh memandangkan saya duduk dan berasal dari Johor dan dia berasal dari Selangor, Bandar Baru Bangi sendiri tempat dia membesar. Saya menulis blog ini bagi mengharapkan dia boleh membacanya setiap malam. Dia juga teman saya dan orang yang sentiasa dia belakang saya selain dari mak dan ayah saya. Maaf ya semua sebab post blog ni lambat sangat di tengah malam. Sekarang 2 pagi, dan kelas esok start pukul 11 pagi. Itu sahaja blog untuk harini, dan blog ini berasal dari hati saya sendiri. Sekian, Terima Kasih. Terima Kasih, Ain.
Comments
Post a Comment