Workout & Diet Plan
Hi guys, whatsup! So harini apa yang kita nak bincangkan eh. So ini ada permintaan dari kawan aku. Dia suruh ceritakan diet pemakanan aku since dulu aku memang berbadan akan besar. Dulu berat aku cecah dalam 90 kg. Tapi dengan diet pemakanan aku, aku berjaya kurangkan sampai 70 kg. Tapi sebab orang cakap aku kurus sangat, aku naikkan berat aku kepada 80 kg. So aku berjaya turunkan 20kg berat aku dan berjaya naikkan 10kg berat aku. So korang mesti nak tips kan macam mana nak kurangkan berat dan menaikkan berat. So gambar di sebelah ni adalah gambar terbaru saya. Berat sekarang dalam 80kg. So let us move on to how i managed to change my weight.
Firstly aku nak cakap, aku memang tak aktif dulu. Dulu serious aku jenis yang malas keluar rumah, suka melepak dekat rumah. Time tu seingat aku, berat aku dalam 90 kg dan aku rasa berat aku almost nak masuk 100 kg. Salah satu faktor berat aku almost 100 kg tu sebab aku malas bersukan, makan banyak makanan ringan, and suka kumpul lemak dekat rumah hahaha. Dulu aku anak cikgu ( sampai sekarang ), makan dekat kantin sekolah kan, masa tu makan semua mak yang bayar sebab yelah, dia yang cikgu kan. So aku makan jelah nasi ayam sebab dulu memang favourite aku tu sampai lah sekarang ( tak kisah pun sebab aku main bedal je semua ). So sebab dulu mak semua yang bayar, aku pun bedal sekali dengan aiskrim sekolah tu. Dan dorang punya makanan ringan. Semua benda dibayar so amik jelah semua. Dulu yes badan aku kecik je, sampai lah aku berumur 9 tahun ( darjah 3 ).
Salah satu sebab kenapa badan aku cepat besar adalah genetic dari keluarga belah ayah aku. Keluarga belah ayah aku semua badan besar besar, so basically aku dapat genetic belah sana. Tapi ayah aku jenis lambat membesar nak dibandingkan dengan adik beradik dia. Sebab genetic tu jugalah aku jenis yang cepat besar. Kita semua tau yang manusia ada 3 kategori jenis badan. So korang kena kenal pasti korang jenis apa. Aku sendiri jenis endomorph. Endomorph ni memang jenis yang makan banyak akan cepat membesar dan makan sikit pun akan membesar. Tapi semua tu bergantung permakanan korang juga. Kalau korang semua melantak McD je 24 jam, memang gemuk lah korang.
So ini lah dia gambar aku masa aku kecik dulu. Tak de lah comel mana, kalau korang tengok rambut dulu pun terpacak ke atas. Dulu memang suka air manis semua tu, McD itu mesti. And sekarang aku jarang makan McD sebab tak berapa menyelerakan tekak. Kadang kadang tu boleh just jangan biasakan je dengan makanan ringan semua tu. Masa ini umur aku dalam darjah 5. Tapi ada kesan sampingan dia kalau korang nak mengurus ni. Salah satu dia lemak lemak lama akan stay dekat dalam body korang. Ni bukan dibuktikan secara saitifik tapi pengalaman aku sendiri. Dan cara untuk korang buang lemak yang tinggal adalah dengan pergi berjumpa dengan doktor makan untuk membuat rawatan selanjutnya. Kenapa aku tak buang lemak lama ? Hahaha sebab tak de duit je. Kos untuk buang lemak tu bukan murah and aku pun still belajar so tak nampak lah kepentingan untuk itu. Jadi aku tak buang lah lemak lama. Biar je dia dalam badan.
So panjang pulak kita bercerita ni. Jom sambung ke topik kita. First thing first adalah aku nak korang tau korang punya matlamat untuk kurus. Kalau aku matlamat aku untuk kekal sihat. Simple. Sebab aku tau kalau aku kekal macam ni, aku akan bermalasan sampai ke tua. So aku ambil langkah untuk mengurus untuk merajinkan diri aku. Korang nak kekal aktifkan, senang je. Cari sukan yang korang suka. Macam aku sendiri suka sukan rugby, jadi aku main sukan tu sampai sekarang. Harap aku dapat bermain untuk UKM. hehe doakan ye semua.
Keypoint untuk korang kurus ada 2. Pertama sekali ialah bersenam. Kalau korang rajin, korang boleh download apps Nike Run Club ataupun Record by UnderArmour. Download dua tu so korang akan kekal aktif. Dulu aku selalu berlari target sampai 10 km setiap minggu. Aku takkan buat setiap hari sebab aku tau aku akan penat dan letih. Secondnya ialah Record by UnderArmour tu adalah untuk korang check calorie korang dah bakar sebanyak mana. Okay contoh kalau korang main basketball 1 jam, korang boleh check dekat dalam Apps tu. Senang jekan? And aku dulu selalu main gym. Kalau korang masih baru dengan gym, try belajar dekat internet. Kalau gym korang baik ( ramah ) boleh mintak tolong ajarkan. Personal trainer tu bagi yang mampu lah. Macam aku, aku belajar sendiri. Aku belajar dari internet and dari orang yang dah lama main gym. Bagi yang berbadan besar diluar sana tu, jangan malu untuk mulakan hari pertama anda dalam gym tu. Korang kene tebalkan muka korang. Ini untuk kebaikan korang juga. So beranikan diri. Abaikan apa yang orang lain anggap dekat korang. Aku dulu main gym dalam 6 kali seminggu.
Apa je yang aku buat sampai 6 kali seminggu ? Hari isnin aku main chest, hari selasa aku main legs, rabu aku main back, dan berikutnya. Korang boleh check dekat https://www.muscleandstrength.com/ untuk check jenis jenis workout dekat dalam laman web tu. Dia ada jenis lean workout, bulk workout. Apa beza semua tu kan ? Hahaha buat lah research sendiri. Korang kene ada usaha ni sebab korang yang kuruskan. Jangan malas malas.
Keypoint yang kedua ialah diet pemakanan. Bagi pelajar universiti maybe susah nak jaga pemakanan korang lagi lagi yang duduk kolej. Ya aku faham. Sebab kita tak boleh masak dekat kolej. Aku dulu jenis yang tak pandai masak tapi aku belajar dari internet, so lama lama aku selalu masuk dapur masak sendiri makanan aku nak makan. Makanan aku simple je. Sebelum aku masuk pasal pemakanan aku. Diet pemakanan aku ada masa tau. Pukul berapa nak kene makan and kene ikut masa ni. Cerewet sikit kan ? Hahaha berkorban lah sikit. So basically aku makan pukul 7, pukul 10, pukul 1, pukul 4, pukul 8 dan pukul 10. Boleh je makan sebelum tidur, yang mengatakan makan before tidur tu mitos je. Masa kau tidur pun body kau still tengah proses makanan yang kau makan. So boleh je makan before tidur tapi lagi better kalau korang makan 1 jam before tidur.
Makanan aku pukul 7 adalah 80 gram oats, pisang dan whey protein. Pukul 10 pula 200 gram dada ayam ( grilled ), nasi perang 100 gram dan brokoli 80 gram. Makanan pukul 1 pulak 200 gram dada ayam, 120 gram wheat pasta dan sayur ikut korang nak makan sayur apa. makanan pukul 4 pulak 200 gram ayam dan 150 gram wheat pasta. Makanan pukul 8 pulak nasi perang 150 gram, ayam 250 gram dan cauliflower 80 gram. Makanan 10 pulak, 2 keping canadian purple wheat ( roti gardenia warna purple ) dengan 1 tablespoon peanut butter. Kalau korang dah mahir dengan dapur and mahir dengan semua macro dalam diet pemakanan aku rasa tak de masalah untuk korang organised sendiri korang punya citarasa. And kalau korang nak check macro pemakanan korang, korang boleh download MyFitnessPal by UnderArmour dekat phone korang. Dekat situ aku target 50% protein, 30% carbs and selebihnya lemak. Lemak bukannya kita tak boleh amik, tapi kalau boleh kurangkan.
So itu sahaja tips yang aku ada. Kalau korang nak tips untuk membesar juga, InshaAllah esok aku bagi. Tapi tak semua orang boleh follow tips untuk membesar ni sebab tips ni pun aku pakai supplement mostly.
Okay itu sahaja, thank you semua kerana membaca.
Comments
Post a Comment