UKM
UKM. Nama panjangnya adalah Universiti Kebangsaan Malaysia. Menjadi pilihan pertama aku dalam mengisi borang UPU. Alhamdulillah. Sekarang aku digelar mahasiswa UKM. Rezeki aku sebab dapat UKM ni. Universiti ini masih mengekalkan lagi tradisi dengan bangunan yang lama dan usang. Walau bagaimana pun, bangunan yang lama ini masih kukuh berdiri dengan gahnya. Universiti ini juga merupakan salah satu universiti terbaik malaysia selain Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.
Apa yang menarik dengan universiti ni sehingga menjadi pilihan utama saya ? Pertama sekali, universiti ini mengekalkan budaya mereka. Di mana kita boleh belajar seni teater, seni budaya tarian, seni permainan tradisional dan sebagainya yang berkaitan dengan budaya. Bukan sahaja budaya semenanjung malah budaya Sabah dan Serawak juga diterapkan dalam universiti ini.
Selain itu, Universiti ini juga mengekalkan akademik yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Universiti ini menjadi piihan utama dan universiti ini juga menggunakan sistem yang baharu dimana sistem ini dipanggil Citra. Citra ini adalah salah satu pembelajaran yang elektif selain dari pelajaran yang wajib diambil setiap fakulti. Subjek Citra ini juga untuk pelajar-pelajar universiti ini releasekan stress mereka daripada belajar hanya wajib fakulti sahaja.
Akhir kata, saya sayang universiti saya dan saya juga sayang kolej saya, Kolej Aminuddin Baki. Saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari pelbagai sudut negeri, budaya, agama dan bangsa. Saya juga merasakan diri saya bertuah kerana saya menjadi salah seorang Mahasiswa UKM. Terima kasih.
Comments
Post a Comment