Birthday
Semua orang sambut birthday kan ? Hahahaha ya betul. Dulu kecik kecik kita merasakan yang birthday ni penting dan bermakna. Tetapi apabila umur kita kian meningkat dan semakin matang. Kita sering melupakan tarikh-tarikh keramat tersebut. Kadang-kadang kita mengabaikan dan sengaja melupakan kerana mungkin kita sambut dengan cara yang berbeza. Mungkin sambutnya dengan meriah dan mungkin di antara kita menyambut hari lahir secara sederhana. Hidup kita juga berbeza. Tak semua orang hidup secara mewah dan tak semua orang hidup secara susah. Bukan kita yang inginkan kehidupan sebegitu, tetapi kita perlu berusaha supaya kita dapat mengubah nasib kita sendiri. Allah SWT berfirman, " Tidak akan aku ubah nasib seseorang itu sehinggalah dia mengubah nasib dirinya sendiri". Jadi kita sendiri yang tentukan apa nasib kita di akhir kelak.
Tarikh kita hidup dan tarikh kita mati tak dapat kita nak tentukan juga sebab hanya Dia sahaja yang tahu bila kita dihidupkan dan bila kita dimatikan. Andai aku mati harini, aku nak memohon maaf kepada semua sekiranya kalian terasa dengan apa yang disampaikan oleh aku. Aku hanya pandai berkata sahaja. Marilah sama-sama kita berubah ke arah yang benar.

Comments
Post a Comment