Kerjaya

Siapa je yang tak nak bekerjaya kan? Semua orang nak. Semua orang mengimpikan kerjaya mereka tersendiri. Ada yang ingin menjadi usahawan yang berjaya. Ada yang nak jadi pemain bola yang professional. Semua kerjaya itu adalah datang dari usaha kita sendiri dan hasil titik peluh kita. KIta juga mengejar kerjaya kerana inginkan wang ? Betul? Pada masa kini, wang merupakan segalanya tetapi wang juga boleh membawa kita jatuh. Dengan wang juga kita boleh naik. Kerjaya juga menentukan orang tersebut berjaya atau tidak. Biasalah. Sifat manusia yang suka membandingkan antara satu sama lain. Yang bangga dengan apa yang dia ada. Jika kerjaya kita tidak semewah yang orang masyarakat pandang, kita akan dihina atau dicerca. Jika kerjaya kita semewah yang orang masyarakat pandang, kita akan dipuji dan sebaliknya. Manusia. Pelbagai ragam dan gaya. Jadi impikan kerjaya anda dan kejarlah cita cita yang anda citakan.

Comments

Popular Posts