Kem Induksi Kolej Aminuddin Baki
So whats up everyone. Lama aku tak update blog ni. Hal ini disebabkan aku pergi camping guys untuk 3 hari 2 malam. Kolej Aminnudin Baki je yang terlibat untuk kem ni. Kem ni berlangsung pada 28/9 - 30/9. So harini aku nak bercerita dengan korang sedikit sebanyak pengalaman aku dekat camp tu. Sorry guys tak de gambar as a proof untuk korang tengok tapi ini cerita aku. Kalau sudi baca silakan baca, kalau tak sudi, terima kasih kerana lalu di blog saya. :). Jadi program kitorang start 28/9/2018 dan hari tersebut adalah pada hari jumaat. Selepas solat Jumaat, aku terus bergegas ke foyer KAB ( Kolej Aminuddin Baki ). Aku dah letak bag aku dah awal awal sebelum bergerak ke kem induksi tersebut.
Jadi kitorang semua kene berjalan kaki ke HUPA ( Hutan Pendidikan Alam ) UKM. Perjalanan tersebut mengambil masa dalam 1 jam berjalan kaki. Selesai berjalan kaki ke HUPA dalam 1 jam, kitorang disusun mengikut susunan biro dan kemudian diagihkan kumpulan. Aku kumpulan yang ke enam. Aku dan rakan lelaki lain menyambut undi untuk menentukan siapa yang perlu dijadikan ketua dan aku menjadi ketua untuk kumpulan yang ke enam. Kami diberikan kain putih, marker, cawan dan barang amanah. Apa itu barang amanah? Barang amanah yang diberikan adalah sebiji telur, tiga keping biskut, dan dua batang lilin. Jadi barang amanah tersebut perlu kami jaga sehingga penghabisan kem tersebut. Tetapi akan ada masa masa yang tertentu kami akan memerlukan barang amanah tersebut.
So gambar atas ni kumpulan saya. Seramai 14 orang semuanya. Alhamdullilah semua bekerjasama dalam menjalankan kerja kerja berkumpulan. Dan saya bersyukur kerana mereka telah menyenangkan kerja saya sebagai seorang ketua.
Hari pertama kami kene menyelesaikan tugas beramai - ramai dalam 147 orang pelajar perlu terlibat. Tugasannya adalah untuk memadamkan api yang kecil. Dengar mudah bukan ? Malangnya tidak. Untuk memastikan semua terlibat bukan semudah yang disangka. Dan arahan dalam menjalankan tugas tersebut ada syarat syarat yang disediakan. Arahan mudahnya ialah pelajar tidak boleh buat sebarang bunyi. Dan ya, kami banyak melakukan kesalahan. Dan kami diberikan denda dan denda tersebut adalah kami terpaksa "Down" dimana kami semua perlu meniarap diatas tanah. Dalam keadaan panas teriknya. Semua itu kenangan yang pahit buat kami semua.
Setelah kami selesai dengan tugasan pertama tersebut, kami diberikan rehat dan makan makan ringan. Kami menjamu selera dengan seleranya. Malamnya pula kami semua perlu main permainan dimana kami semua perlu menjadi Perdana Menteri dan membeli pulau dan semua aset aset kerajaan yang ada. Dan game tersebut akan ada cabarannya dimana akan berlaku bencana alam. Ya, saya akui bukan untuk menjadi seorang Perdana Menteri dimana kami semua perlu memastikan aset kerajaan tidak hilang. Terima Kasih Perdana Menteri kerana telah menjalankan tanggungjawab kalian sebagai Perdana Menteri yang bertauliah. Setelah selesai permainan tersebut, Kami semua terpaksa masuk ke dalam hutan dan berjalan malam dalam berkumpulan di dalam hutan. Sejujurnya aku cakap, aku memang takut untuk masuk kedalam hutan dengan keadaan gelap. Tapi bila diberikan peluang sebagai seorang ketua, jadi aku beranikan masuk kedalam hutan. Dan kami menggunakan lilin yang diberikan sebagai panduan jalan kami. Dan kami berjaya keluar dengan aman, kami juga kumpulan yang terakhir yang masuk ke dalam hutan tersebut.
Keesokkannya, aku menyesal sebab tak bawak selimut dan terpaksa bersejukkan semasa tidur. Banyak kali juga aku bangun pagi sebab kesejukkan. Paginya pula setelah selesai solat dan makan semua. Kami berpoco - poco di dataran tersebut. Dan selesai berpoco - poco tersebut, kami pula perlu menjalan aktiviti explore race. Malangnya kami hanya mampu menyelesaikan 8/10 sahaja explore race sebab tak cukup masa. Dan terdapat seorang daripada ahli kami jatuh semasa melakukan aktiviti explore race. Jatuhnya kepala ke tanah, nasib baik tak de apa apa dekat atas tanah tu macam batu ke. Kalau tak cedera dah. Dan aktiviti petangnya pulak ialah mengambil air dari basin yang berisi air ke basin yang tiada air tanpa mengangkat baldi tersebut. Jadi seperti semalamnya, kami melakukan kesalahan dan terpaksa melakukan denda. Dan setelah selesai masa yang diberikan, ketua kumpulan yang terpaksa melakukannya, dan ketua kumpulan juga gagal melakukan perkara tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Denda kami adalah, kami terpaksa meminta maaf kepada ahli kumpulan dan kami perlu melakukan push up sebanyak 10 kali. Setelah kami selesai pushup dan semua denda tersebut, ketua kumpulan kene masuk ke dalam hutan tanpa memakai kasut dan memberikan sedikit kata kata dari Abang Pejal iaitu salah seorang felo KAB. Selesai dari kata kata semangat dari abang pejal tersebut, kami semua diberikan wang ringgit untuk memasak makanan kami sendiri. disebabkan kami kurang markah pada explore race pagi tadi, kami hanya ada duit dalam RM 10.50. Kami masak makanan yang mudah iaitu nasi putih, ikan sardin dalam tin, telur goreng dan sedikit ikan goreng masin. Kami berpuas hati dengan masakan kami semua. Mudah dan kenyang sudah memadai.
Dan pada malamnya, kami semua kena malakukan aktiviti malam iaitu kami semua kene berjalan malam ( sekali lagi ) tetapi kali ini berseorangan. Alhamdulillah kami semua lepas tetapi aku terpaksa berjalan berdua sebab mata aku jenis rabun malam.
Comments
Post a Comment